Ada lagi ka orang guna blogspot ni eh? Dah Julai 2025. Aku pun dah hilang skill nak mengarang ayat dah. Kalau nak bercerita, banyak gila benda aku nak tulis kat sini. Obviously my fun and happening writing skills dah hilang. Adeh..
JULY 2025.
A wife. A daughter. A mother. Banyak gila benda yang nak catch up kalau blogspot ni manusia@kawan. Last entry aku, aku rasa aku maybe baru kahwin masa tu. Today, my son is a toddler. A two years old. Rasanya hari aku lebih busy dari dulu even taklah productive masa aku kerja dulu. Aku banyak kat rumah. Jadi housewife hampir or lebih tiga tahun ni buat aku rasa macam malas nak keluaq or lebih suka kat rumah.
Like, nak keluar tapi proses nak keluar tu sendiri buat aku rasa exhausted and malas gila tau. Tambah pulak dengan physical and previous injury aku. OH YA! 1st January haritu aku ada fractured kat dua jari kaki aku sebab aku jatuh masa aku nak cross road. Aku rasa incident tu banyak gila ubah persepsi aku dalam cara aku pandang dunia. Jujur, masa tu aku sedar betapa sihat tu nikmat and aku baru tahu yang orang sakit sebenarnya nampak lagi banyak true colours orang sekeliling. Bila kita ditahap tak boleh bangun berjalan, bertongkat, berwheelchair, time tulah kita akan nampak cara orang sekeliling kita layan kita. Jadi macam luahan perasaan pulak LOL. Takpalah, aku rasa macam blog ni orang dah banyak takpakai. So I assume nobody will read this and i'm glad it happens. Biaq ja aku luah sini. Maybe aku akan lebih kerap meluah kat sini since nobody lepak sini dah. BTW in case aku tak upload entry dah lepas ni (manalah tahu lagi 3-4 tahun baru bukak blog balik enn). Sekarang zaman tiktok, zaman short videos. Manalah tahu, kalau aku dah tak menulis lagi, I could remind myself how fast time flies bila baca entry ni.
Aku rasa macam nak tulis thought aku kat sini ah. Macam nak kerap merapu sorang2 sini. Kalau ada yang baca, gitau k. Aku segan HAHAHAHA.
![]() |
Me and my boy |
![]() |
Our smol family |
Tu ja kot aku leh attach dulu. Ironinya kan, dulu masa aku active blogging time zaman sekolah dulu, aku ingat lagi aku sanggup pi CC semata-mata nak upload satu entry. Time tu nak upload gambaq guna apps blogspot pun takleh. Yalah masa tu zaman tak maju macam skrg. Sekarang ni aku ada full access nak update entry, tapi tulah zaman berubah kan. Aku pun lama tak singgah sini. Maybe i'll hang here more often after this. But till then, ttyl. <3