Pages

Wednesday, 16 September 2015

Malaysia Tanpa Budaya?

Hai semua!!

Saya pasti bahawa yang baca ni majoritinya rakyat Malaysia, kan? 

Tajuk ni mungkin agak kontroversi. Tapi sabaq sabaq, sat nak cerita dulu . Cerita sikit kat hampa bagi paham noh.

Malaysia ni ada 14 negeri dan tinggal sebumbung dengan pelbagai bangsa dan kaum. Dan!!! Dialek. Loghat.

LOGHAT.
First, cakap bab loghat. Hat entry ni saya guna loghat utara la noh. Bagi mood naik nak menulih. Takmau mintak banyak, nak hampa bayang kalau kita duduk dalam satu negara, 14 negeri tapi takdak apa-apa keistimewaan. Boring kan? Sebab tu kita ada banyak loghat, budaya, makanan tradisi hohohho dan kelebihan masing-masing. Emm , jujur , saya fail loghat Sarawak dan Negeri Sembilan. Teringin nak belajaq tapi takdak sapa boleh ajaq!!

BUDAYA SENI.
Cakap pasai budaya seni. Saya suka budaya seni Kelantan. Dikir barat, sebab macam fun. Selain tu kita ada Boria, Wayang Kulit, emmm... Kuda Kepang, huih banyak lagi tapi saya takdapat pick up heheheh.

SAY NO TO RACISM.
Hmm yang ni common sangat sebab selalu ada gaduh antara kaum. Taktaulah, aku kata hang, hang kata aku. Tapi pada saya, variety ni best. Boleh dok semeja sembang-sembang pasai budaya kaum and agama masing-masing. Seronok, asalkan tak ada percanggahan gaduh-gaduh tuh la.

my girl. she's a Punjabi. We're cool lol.

MAKANAN.
Hahahahahahaha yang ni kalau ada tak setuju, tak taulah. Well sebab makan semua orang arif kan, tapi saja buat survey kat kawan-kawan social network dan tertarik dengan makanan negeri Sarawak. Dapat dari Kak Emma Mohamad . Hai kak !! Heheh .

hai ain. kalau psl fav food tu.
paling fav/famous mee kolok, laksa sarawak, mihun belacan. 
pastu linut/ambuyat. makan dengan sambal belacan, sayur midin goreng belacan, ikan bakar(sarawakian ckp ikan tunok). boleh jugak makan dengan sayur terung asam."
obviously semua tak pernah try. will try one day .

Oh i got to go. Ikutkan nak lagi share tapi angin ribut and bahaya untuk online sekarang. Cuma nak ucapkan Selamat Hari Malaysia dan ehm. Motif tajuk adalah untuk kita renung, kalaulah Malaysia tak ada budaya. We own a good culture, foods and be surrounded by warm hearted neighbourhood. Keep it up and pleasee. Say no to racism.

Selamat Hari Malaysia. 
I love Malaysia!!

Thanks Parveenjit, Kak Emma and Adliny for some info about the culture. Cuma tak mampu nak muatkan semua . Adios xoxo.

No comments:

Post a Comment