I still has no idea what should I post here. Babes , life gua takde yang special . Just a simple-typical-boring daily activities being repeated over and over again . blergh!!
Esok pula ada trial SPM untuk Sejarah Paper 3. Seriously, tahun yang paling 'BEBAS' adalah tahun 2014.
Ain yang sebelum ni jarang keluar, tahun ni boleh pulak kerap hangout. Apahal ek?
TAK SEDAR EK YANG AWAK TU KENA 24/7 MENGHADAP BUKU TUITION KELAS TAMBAHAN BLABLABLABLURP!!! BIG NO..!
Ramai yang sangka dan ANGGAP yang pelajar perlu sentiasa duduk didepan buku selagi tak lepas exam besar such as UPSR PT3 PBSMR SPM STPM dll exam lagi lah . Tapi sebenarnya semua tu salah okay..!
Setelah berjaya buat research (sehari sebelum exam baru nak research bagai, Ain Ain) . Saya mendapati bahawa ada kaedah khas untuk kita fokus masa ulangkaji and secara tak langsung ilmu yang dibaca tu sappp!!! terus masuk otak . caranya ialah :
a.POSISI BELAJAR
-duduk secara tegak! janganlah buat kerja sekolah tu sambil meniarap (kerap buat), ELAKKAN bersandar DAN baring. kenapa? cubalah , cuba.. siapa boleh study sambil baring tu memang saya salute lah!b.KAEDAH MENGHAFAL
-masa korang tengah membaca tu,standby pen,pensel,pembaris,pemadam dan segala yang sewaktu dengannya dekat tangan korang. Sambil baca tu bolehlah korang catat apa yang korang faham ikut ayat korang. contoh :
ayat buku :
Definisi Imperialisme
"Dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. "
ayat sendiri :
"dasar negara LUAR UNTUK luaskan pengaruh dan wilayahnya dengan cara jajah negara ORANG untuk kepentingan tertentu"
secara automatik korang akan hafal maksud tu kan? sebabnya korang guna ayat sendiri. Shortform diHARUSkan buat masa ni,tapi kalau takut terikut-ikut time exam nanti, better elakkan penggunaan shortform ya !
-cari KEYWORD
keyword tersangatlah penting untuk hafal sesuatu . Boleh dikategorikan sebagai kunci untuk menghafal. Well nama pun KEYword kan??contohnya :
"dasar NEGARA LUAR untuk LUASKAN PENGARUH"
highlightkan ayat atau perkataan yang boleh buat korang hafal sesuatu fakta yang ingin dicatat.
c.PENGURUSAN MASA
-Wujudkan jadual. Jadual ni bergantung kepada individu sebenarnya, kalau yang super ultra ultimate rajin, bolehlah buat jadual yang panjang untuk subjek yang LEMAH. lemah ye, bukan kesukaan. Lebihkan masa kita kepada subjek yang lemah . Kepada yang malas (macam saya) boleh buat ulangkaji dalam jangka masa yang pendek TAPI banyak subjek dalam satu hari. Boleh juga kalau nak guna setengah jam untuk setiap subjek yang ingin dibaca.
banyak lagi tips yang boleh diguna pakai oleh pelajar semasa nak ulangkaji ni , tapi Ain ambil yang ringkas dan yang boleh korang apply masa last minutes! di akhir entry , Ain share doa2 yang boleh kita semua manfaatkan okay? Semoga entry ni dapat memberi manfaat kepada semua . Good Luck to me! :(
Assalamualaikum :)
Doa Memulakan Ulangkaji
اَللَّهُمَّ
إِنِّيْ أَسْأَلُكَ فَهْمَ النَّبِيِّيْنَ وَحِفْظَ الْمُرْسَلِيْنَ
وَالْمَلاَئِكَةِ الْمُقَرَّبِيْنَ. اَللَّهُمَّ اجْعَلْ لِسَانِيْ
عَامِرًا بِذِكْرِكَ وَقَلْبِيْ مَلِيْئًا بِخَشْيَتِكَ، إِنَّكَ عَلَى مَا
تَشَاءُ قَدِيْرٌ.
Maksudnya: “Ya Allah! Aku memohon
daripadaMu kefahaman para nabi, ingatan para rasul dan malaikat
terhampir. Ya Allah! Jadikanlah lidahku basah dengan zikir kepadaMu,
hatiku dipenuhi dengan takut kepadaMu. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa
di atas segala apa yang Engkau kehendaki.” -Doa Selepas Mengulangkaji
اَللَّهُمَّ
إِنِّي أَسْتَوْدِعُكَ مَا قَرَأْتُ وَمَا فَهِمْتُ وَمَا حَفِظْتُ
فَرُدَّهُ إِلَيَّ عِنْدَ حَاجَتِيْ إِلَيْهِ، إِنَّكَ عَلىَ كُلِّ شَيْءٍ
قَدِيْرٌ
Maksudnya: “Ya Allah! Sesungguhnya aku menitip
apa yang aku baca, faham dan hafal kepadaMu. Maka kembalikanlah ia
kepadaku ketika aku memerlukannya. Sesungguhnya Engkau maha berkuasa di
atas segala sesuatu.”Doa Pada Hari Peperiksaan:
1. Ketika Memasuki Dewan Peperiksaan:
وَقُلْ رَبِّ أَدْخِلْنِي مُدْخَلَ صِدْقٍ وَأَخْرِجْنِي مُخْرَجَ صِدْقٍ وَاجْعَلْ لِي مِنْ لَدُنْكَ سُلْطَانًا نَصِيرًا
Maksudnya:
“Dan katakanlah: “Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku dengan kemasukan yang
benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara
keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku daripada sisiMu
hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”2. Ketika Menerima Kertas Soalan
:قَالَ رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي. وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي. وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي. يَفْقَهُوا قَوْلِي.
Maksudnya:
“Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku dadaku. Dan mudahkanlah bagiku
tugasku. Dan lepaskanlah simpulan daripada lidahku, supaya mereka faham
perkataanku.”3. Ketika Sukar Menjawab
ياَ حَيُّ يَا قَيُّوْمُ، بِرَحْمَتِكَ أَسْتَغِيْثُ.
Maksudnya: “Wahai Tuhan yang maha hidup lagi maha berdiri dengan sendirinya. Dengan rahmatMu aku bermohon pertolongan.”4. Atau:
اَللَّهُمَّ لاَ سَهْلَ إِلاَّ مَا جَعَلْتَهُ سَهْلاً وَأَنْتَ تَجْعَلُ الْحَزَنَ الصَّعْبَ إِنْ شِئْتَ سَهْلاً.
Maksudnya:
“Ya Allah! Tidak ada kesenangan melainkan pada perkara yang engkau
jadikan kesenangan padanya. Dan engkau menjadikan kedukacitaan dan
kesukaran sebagai mudah dan senang jika Engkau kehendaki.”5. Jika Anda Terlupa Jawapan
:اَللَّهُمَّ يَا جَامِعَ النَّاسِ لِيَوْمٍ لاَ رَيْبَ فِيْهِ اجْمَعْ عَلىَ ضَالَّتِيْ مَعْلُوْمَاتِيْ.
Maksudnya:
“Ya Allah! Tuhan yang menghimpunkan manusia pada hari yang tiada
keraguan padanya. Himpunkan barangan dan maklumat yang hilang daripadakuMudah-mudahan Allah akan memakbulkan doa yang lahir dari hati yang ikhlas dan suci murni. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari hambanya.
(doa)credit to : here