Pages

Wednesday, 30 September 2015

Ujian Buat Sahabat?

Friendship. Persahabatan.
Entry ni request dari my friend, Fateha Kauthsar yang mintak I pergi goreng ayam kat rumah dia few months ago lol lol. She wants me to discuss about it. I'll try. 

Persahabatan ni antara bond yang paling mahal.
Lagi mahal dari barang berjenama kat kedai yang dipamerkan disebalik dinding kaca bersama rakan-rakanku yang lain tetapi eh. Sorry. Ia juga lagi mahal dari previous entry yang cerita pasal affordable beauty regime. Betul. Tak terbayaq.


Tapi nak cari kawan yang betul-betul kawan or lagi sedap panggil iz BeEfef (BFF) or... sahabat. 

Well sesetengah orang berkawan tak fikir fizikal, dan sikap. 
Sesetengah fikir pasal sikap, mungkin dia taknak kawan yang mengada sebab diri dia strict.
And mungkin dia nak kawan yang lantak ah buruk camana pun attitude dia asalkan dia lawa, lawa, lawa, handsome and poket tebal pfttt.

That's not friend la weh. Tu bank bergerak. 

There' no tips or info here. Cuma ada dua cerita pendek yang boleh inspire awak untuk dapat kawan baik. Yes, dunia ni masih ada sahabat yang baik dan ngam dengan kita, cuma kita kena keep searching the device by turning the WiFi on. Hikhik ok aku melawak la. Hampa reja nak marah ja sabaq ah hahahahah.

Mine.

I'm glad. All of my friend own the same nice attitude. Pemurah, Sabar, Setia and Sharing. Share makanan hahahahahah. OK to be honest, Ain bukan anak orang senang. I need to work if I want something. Masa sekolah, duit sekolah ikut financial status parents. 
'Oh man.. blogger nih mintak simpati siot. Cita kat blog pasai takdak duit. Jom kita sumbangkan bantuan ke account maybank yang terteraa..' 

Hahahaha wtf aku tak sedih. I am proud. Imma human. Sihat dan gemuk dengan lemak yang sangat loyal dengan adanya sahabat-sahabat disekolah yang absolutely generous. Weh aku cuma tak bawak duit sekolah, but I bawak bekal. Dan kawan-kawan I semuanya awesome. I tak bawak duit, I bawak bekal. We share foods! I bahagikan bekal I untuk kawan-kawan and diorang bahagikan makanan diorang untuk semua! Look! It's fun okay! Recess time pun boleh jadi bonding session.

Tujuan Asal.

Kawan I mintak I utaghakan pasai sikap kawan-kawan yang golongan berada yang pilih bulu. Emm I got no idea for this  topic but I think... Ehm. Saya rasa itu hak mereka. Yesh. Tapi...

Untuk bersikap pilih sangat tu takpayah la kot. Betul, tak semua kawan yang berharta atau ada rupa ni jahat tapi tak semua setia. It's depend on individual perspective. 

Baik atau buruk cara dia adalah dicorakkan oleh gaya hidup, didikan awal dan peer pressure. Jangan takut nak berkawan dengan orang yang ada kelebihan dan jangan stuck dengan satu type ja perangai member.

Luaskan pergaulan. We will see the true colour of life.

And second story ni saya dapat dari novel Di Atas Sajadah Cinta yang dikarang sepenuhnya oleh Habiburrahman El Shirazy hat buat novel Ayat-Ayat Cinta tuh. 
Ni amik short story dari novel tuh. I ringkaskan okeh.

Second Story.

Dalam sebuah negara, terdapat seorang raja yang sangat adil dan soleh yang mempunyai seorang anak lelaki yang tampan, bernama Said. Untuk pengetahuan semua, Said masih lagi anak kecil dan masa Said dipenuhi dengan mendengar kisah teladan Islamik dari ayahandanya. Tetapi dek kerana ayahandanya sibuk dengan tanggungjawab yang besar, jadi ayahanda Said memintanya agar mencari sahabat yang boleh diajak bercinta untuk ke syurga. 

"apa maksud teman yang boleh diajak ke syurga, ayahku?"

"Teman yang boleh diajak ke syurga adalah teman yang setia bersamamu, bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta yang ikhlas terbit dari hati"

Maka dipendekkan cerita, Said pun mengembara. Mengikut kaedah ayahandanya, kalau nak mencari teman, kita kena menguji kesabaran seseorang teman itu.

"undanglah siapa yang kau rasa layak untuk jadi temanmu ke rumah ini untuk sarapan. sekiranya mereka datang, tangguhkan makanan mereka. lambatkan makanan tersebut agar mereka lapar dan lihat reaksi mereka. sementara mereka menunggu, rebuslah tiga biji telur. seandainya mereka masih bersabar, hidangkan dan amatilah perilakunya"

Setelah bersetuju dengan cadangan ayahandanya, Said terus menjemput sahabatnya yang bermain dengannya di istana tersebut untuk sarapan pada keesokan paginya .

Temannya cukup bersabar akan tetapi bila sarapan telur rebus tiba, sahabatnya itu meremehkan hidangan Said. Hancur hati Said ketika itu.

Ramai yang diujinya, ada yang memaki hamun, ada yang memukul meja dan ada yang pulang tanpa meminta izin. 

Said membawa diri mengembara di kampung berdekatan dan berjumpa dengan seorang budak lelaki bernama Abdullah yang langsung tidak mengetahui tentang status Said. Mereka bersahabat, bermain bersama dan mengembara bersama.

Sampai suatu masa, Said mengajaknya datang ke rumah. Oleh kerana Abdullah sudah terbiasa menahan lapar berhari-hari, Abdullah tidak merasa terganggu seandainya berada dalam keadaan yang lapar. 

Seperti biasa, Abdullah diuji seperti teman yang lain, Abdullah sabar sehinggalah tiga biji telur siap direbus dan dihidangkan. Said mempersilakan temannya untuk makan. Abdullah mengambil sebiji dari tiga biji telur tersebut, manakala Said melahap kedua-dua baki telur tersebut untuk menguji kesetiaan Abdullah.

Usai mengupas telur tersebut,Abdullah mencapai pisau yang berdekatan disitu lalu dibelahkan telur menjadi dua dan separuhnya diberikan kepada Said.

"Engkaulah teman sejatiku, ya Abdullah. Engkaulah temanku masuk syurga"

----

Maaf sebab cerita mungkin agak panjang. But you can obtain the moral value from it, right?

Janganlah mudah terikut dengan sikap luaran seseorang, sebaliknya berkenalan dulu, baru decide, ngam ke idok. Bukan sekali pandang teruih judge!

(Fateha, sorry sebab tak ikut topik. Idea terbang ehehehe. Ni ja aku mampu) 

Thanks sudi bacaa ^^

No comments:

Post a Comment