Siapa ada kawan kat sini? Walaupun seorang. BFF ?? Besties ?? OK dalam persahabatan pernah ada gaduh tersentap tarik muka muncung bibir panjang sedepa tak? Why weh?? Obviously sebab salah faham or kadang-kadang mungkin tiba-tiba BFFFFFF korang avoid korang without any specific reason. Trust me. Itulah keindahan persahabatan, ada naik dan turunnya. So let me gives some simple tips untuk kekalkan ukhwah persahabatan kita. Cewahh ayat ~~
1. REMEMBER THE SPECIAL DATE
• logic ? okay imagine bila korang baru je kawan dengan someone ni , tapi bila birthday dia, terus korang suprisekan dengan wish and hadiah (even hadiah murah coklat kecik choki choki) . Mesti kawan korang rasa 'wow dia tahu borndate aku!!'. And lebih special lagi bila awak semua turut kenal family kawan awak (ini untuk yang dah lama berkawan) . Bolehlah call wish hari lahir ibu atau ayah kawan-kawan. Sure diorang akan terharu punyalah!!
2. TAHU CARA NAK HANDLE 'MOODY' KAWAN
• Yang ni ramai fail. Ramai sangat. Okay korang kena tahu yang nak handle moody kawan tak sama mengikut gender. OMG SERIOUSLY?!!! YES ! Kepada yang ada kawan especially kawan baik yang berbeza jantina, ketahuilah bahawa lelaki dan perempuan takkan sehaluan kaedahnya kalau nak settle problem .
i. perempuan :
kalau ada problem, girls tend to talk to someone they really trust. Kawan baik, parents, siblings or even boyfriend. Kami suka mengaduuuuu panjang-panjang dan harapkan nasihat, kata-kata semangat or a lil bit of opinion. Sebab tu perempuan seringkali salah anggap yang lelaki ni perlukan pendengar setia bila dalam masalah. Tapi, ada sesetengah lelaki yang secara semulajadi nakkan pendengar yang setia instead pendam dalam hati. Kenali kawan awak semua. And guys, please don't blame us hanya sebab kami perlukan telinga awak hewhewhew.
ii. lelaki
betulkan saya kalau saya salah. Dari yang saya ushar perhati diam-diam *ayat nak win je* , lelaki ni suka take time bersendirian bila ada masalah. Sebabnya dari masa tulah diorang akan dapat solution. Betul??
3. BE A GOOD COMPANION
•Cara yang sangat mudah tapi ramai tak boleh buat. Kan? Ingat satu je, kawan ketawa mudah cari, kawan menangis, 1/100 pun belum tentu ada. So kalau nak diingati, jadilah 1 dalam 100 tu untuk BFF awak semua !!
4. BEZAKAN NASIHAT DENGAN KUTUKAN
• Kalau awak rasa "ish hang ni tak pikiaq ka hang ni makin gemuk. dahlah tak lawa . eii pasni jangan kecoh kalau orang takmau kat hang" is an advise, forget it.
BELAJAQ BEZAKAN NASIHAT DENGAN KUTUKAN PLEASE !!!!
5. BAGI PENGHARGAAN
• Bukan bererti kena kasi hadiah hamper emas intan berlian permata dsb, tapi dari segi wishes. Well saya selalu guna cara ni bila bornday kawan. OMG awkward kalau selama ni bermaki-makian gurau cubit tepuk tampar macam orang gila pastu tiba-tiba "engkaulah sahabatku till jannah dear Wani" , sure kena gelak guling-guling even we both know that I mean it , kan? so time bornday tu lah masa untuk karang ayat bunga-bunga cinta layu dipusaraaaa untuk kawan kita? pastu esoknya jumpak buat muka seposen, buat macam tak rapat langsung. pfttt macam manalah. thanks sudi menempek jadi bff even I ni jenis tak reti nak sweet2 , loya pulak tekak ni.
sejujurnya banyak tips nak share sebab nak berkawan ni kena ada 1001 cara untuk kekalkan hubungan. Well bukan kawan saja, tips ni boleh apply kat kekasih, tunang or parents sendiri. Tips umum. Saya cuma share secubit idea dari pengetahuan saya. Find it useful? Share your own tips below.
Thanks for reading. Sayang hampa semua xoxo
No comments:
Post a Comment