Pages

Sunday, 26 July 2015

Mari Bercakap Tentang Tandas . Lol .

Disgusting betul tajuk entry.
Suka hatilah tajuk aku bukan tajuk hang.
Hehehehehe.

Ya, isi entry pun mungkin agak menjijikkan. We don't want to discuss about poopies here but ... hygiene!

TISU
Saya kerap pergi ke tandas . Eh hahahaha . Maksud saya, tandas awam . Bila pergi tandas, saya harapkan tisu yang segenggam banyaknya. Em, at least cukup untuk kegunaan sendiri. Tapi sedih, tak ada! Asal ada je tisu, pengguna akan tarik tisu sebanyak mungkin dan end up buang tanpa digunakan semuanya. Cleaner tak topup tisu?? Takkan sehari nak topup tisu 5-6 kali?
Sehari = 5-6 kali,
seminggu = 35 tissue rolls,
sebulan = 140 tissue rolls!
Tu baru ladies, satu toilet. Kalau shopping complex? Tak termasuk gents toilet, tingkat atas dan bawah. Pernah terfikir?

TONG SAMPAH
Lagi, tong sampah! omg major turn off gila kalau pergi ladies. (Saya highlightkan ladies sebab saya takmasuk gents lol).
Sanitary pads! Ya Allah sedih gila babe. Dekat toilet ada tong sampah, dalam cubicles pun ada tong sampah untuk pads. Kan? Kalau tong dalam cubicles penuh, janganlah letak kat atas penutup tong. Kalau malas sangat nak cari tong baru, please please please cari inisiative lain. Balut pads dengan kertas ke, baru buang. Gelilah weh!

Toilet lelaki saya taksure. Tapi yang saya dengar melalui adik saya dan family members lain, tandas lelaki banyak art kat dinding kot hehehehe.

Tolong belajaq buang sampah weh. Sejujurnya saya bukanlah pembersih naunau tapi tak boleh dan tak sampai hati nak buang sampah melainkan kat tong sampah. Selagi tak jumpa tong, saya akan letak elok-elok dalam satu plastic bag. Jumpak, baru buang.

FLUSH
Flush. Tolong flush. Dan tolong buang air kat dalam lubang tandas. Bukan tepi, bukan hampir, bukan t*hi dah kat depan lubang tandas tapi tak cuci guna air balik. Apa motif awak biar gitu? Nak kami cuci mata?

SANITARY PADS
Pads. Lagi sekali. Apa jugak motif awak buang pads yang tidak digulung dan langsung tidak dicuci. Apa motif awak eh? Jijik dengan kekotoran sendiri and expect yang strangers akan alihkan kekotoran awak? Ehm, Will you do that, girls?

Ya, i know. My entry today are quite disgusting. I mean, very disgusting but yet, that's the facts. Tolong berubah, jangan harapkan cleaner 100% kalau diri sendiri yang tak peka terhadap kebersihan. Entry ni bukan niat nak mengutuk atau menjatuhkan air muka sesiapa. Saya pengguna awam dan kadang-kadang rasanya tak keterlaluan untuk saya katakan yang saya rimas dengan sikap sambil lewa sesetengah pengguna awam.

Sekadar Suka-Suka

Kadang-kadang seronok tengok bloggers yang hari-hari update entry with pictures lol. I tak boleh sebab blogger apps ni tak boleh pilih tempat untuk gambar. Sadis tsk.

Dari Raya kedua sampailah hari ini , Syawal 10, banyak memories and perjumpaan kawan-kawan lama, peluk-peluk sebab bakal rindu BFF yang nak pergi further studies. Gaduh dengan BBF (Best-Boy-Friend) sebab tak jadi keluaq duh. Takpa, 'budak' study.

Gambar nanti saya masukkan dalam next entries, dengan story sedikit sebanyak, dan wait for my next entry tips. Okay??

Nah belanja satu gambaq dengan artis KMK. Hohohohoho balik sini cepat. Nak Macaroni lagi!!!!

Tuesday, 21 July 2015

Wanita Terbahagia ( Bunga Citra Lestari) Lirik

Jujur ku mengakui,
Pantas ku beri,
Seribu pujian buat kamu..

Jauh di dalam hati,
Selalu ku rasa..
Bersyukur aku mengenangmu,

Kerna cinta dari kamu,
Jadikan aku,
Wanita terbahagia di dunia..

Bersama kamu..
Ku jadi tahu,
Artinya waktu lebih berharga dari harta di dunia,
Bersama kamu..
Ku rasa jauh,
Lebih mengerti arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta..

Kamu ku yakin tahu,
Ku yakin sama,
Tujuanmu dengan tujuanku,

Jauh di dalam hati,
Selalu ku rasa,
Bersyukur aku mengenangmu..

Kerna cinta dari kamu,
Jadikan aku,
Wanita terbahagia di dunia..

Bersama kamu..
Ku jadi tahu,
Artinya waktu,
Lebih berharga dari harta di dunia..

Bersama kamu..
Ku rasa jauh,
Lebih mengerti,
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta..

Bersama kamu..
Ku jadi tahu,
Artinya waktu,
Lebih berharga dari harta di dunia..

Bersama kamu..
Ku rasa jauh,
Lebih mengerti,
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta..

Bersama kamu,
Ku rasa jauh,
Lebih mengerti,
Arti cinta tanpa harus mengucapkan cinta..

Friday, 17 July 2015

Selamat Hari Raya 2015 : First Day.

Hi . Harini nak publish entry yang ringan. Takda sebarang info atau tips. Just an entry abt my first day in eid. Oh, masa on the way nak ke cyber cafe ni, Ain nampak Bas Rapid uols!!!
 Nah.. nothing special cuma macam tak sangka sebab driver bus kerja. Kesiannya. Macam mana perasaannya bila kena kerja time raya?

Or lagi sedih lagi bila tak boleh balik kampung due to sold out ticket or terlepas flight?
Or or.. study luaq negara. Wey sedihnyaaaa...
Apa-apa pun semoga rezeki abang-abang driver bus dan yang bekerja pada hari ini, tak kiralah apa jua pekerjaan, diberkati Allah dan dimudahkan segala urusan. Ha, my dad pun terpaksa kerja hari ini. But we okay with it sebab kami still spend time pergi rumah sepupu sama-sama.

Kampung? Oh no.
Saya memang tak ada kampung. Rumah nenek dan atuk bersebelah rumah je. Jiran. Tu grandparents belah mama la, yang belah abah, selang dua atau tiga block dari rumah. Ambil masa 5 hingga 10 minit untuk balik kampung. Thrill kan :')

Dah menjadi rutin tahunan k. Pada hari raya untuk singgah ke rumah nenek (jiran) dulu untuk bersalaman, beraya. Well this is my first year yang saya tak awkward bila beraya. Wah, rasa macam dewasa gila heheehe. Selalunya lepas tu kitorang pergi kubur, lawat kubur tok ayah. Mungkin belum sempat lagi kot, sebab tadi ada tetamu. I miss my grandpa. :(

Selepas sahaja lawat 'jiran' :P, kami akan terus pergi ke rumah my dad's elder brother. Memang routine sangat, dan WAJIB! Sebab dekat sanalah duit raya paling banyak kami dapat hewhew. Tak sangka sangat, masih dapat duit raya lol lol.

Kita orang punya hari raya pertama selalunya berakhir dekat rumah nenek dan atuk yang belah abah. Dekat situ kami lepak sembang-sembang pastu balik tidoq depan tv sambil makan kuih raya  mereput sampailah ke hari kedua. Selalunya hari raya kedua ni majlis rumah berbuka persendirian. Hehehe. Adik akan pergi rumah kawan dia, mama and abah akan ke rumah kawan masing-masing or pergi sekali dan saya akan ke rumah kawan saya. Bila balik tuh masing-masing cerita tentang juadah masakan di rumah yang dilawat tadi.

Tadi masa ke rumah sepupu, tak sempat bergambaq dengan depa, cuma sempat dengan family ja hmm. Okay maybe next day lah kan. :(

Let me share some of it lah ya. Ngehehehhe.


mommy :)



daddy :)



tok :)



oh ni family potrait in wefie version hewhew

I will be back in next few days untuk share gambar raya dengan sepupu dan kawan-kawan pula. Untuk beberapa hari ni nak kumpul gambaq dulu hohoho. See you next time. Thanks for reading xoxo ^^

Wednesday, 15 July 2015

Awkward Situation During Eid.


Yey raya dah dekat. Eid is around the corner. And I am pretty sure, all of us will miss this holy Ramadhan, insyaAllah, we meet again next year yah. Dalam happy- happy raya ni, mesti ada awkward situation kan? Saya rasa ada benda yang dah cross fikiran awak semua nih kan? Mihmihmih.

1. PAGI RAYA.

- Happy campoq tremendous nervous plus awkward. Bersalaman dengan parent. Bukan taknak atau taksuka, cuma awkward, as for me, Ain dengan parents memang rapat gila. Gelak, sembang benda merapu, tegur benda taksenonoh, kiranya macam member-member lah. Tetiba pagi raya kena serious bersalam-salaman dan bermaafan. Serious awkward. My typical words during bersalaman with my parents is "Ma/Abah.. Selamat Hari Raya. Mintak Ampun Mintak Maaf. Em... Ha, Halalkan makan minum. Heee" . -.-"
Oh ha, tapi tetap ikhlas tau. :)

2. KUNJUNGI SAUDARA MARA.

- Nih dah kurang havoc. Kalau zaman dulu, ziarah rumah saudara mesti keliling meja makan, pilih kuih raya, pilih yang paling gebu, dan soalan paling famous is "kuih ni beli ka buat?". Sekarang, ya masih kelilingi meja makan dengan soalan "Ada WiFi tak?". Sedih :(

3. MALAM RAYA.

- Kemas rumah, kecoh kelam-kabut masak dan kemas halaman rumah jarang dirasakan dah sekarang, especially bab kuih raya. JOM PI GIANT, BELI KUIH RAYA 5 JENIS. Hm kemeriahan dah kurang..

4. KIDS AIN'T HAVE FUN NOW.

- Mercun dengan bunga api memang berbahaya, yes obviously berbahaya. Tapi apalah zaman kanak-kanak tanpa main berkejaran, jerit ketawa sebab menang kejar-kejar berbanding bergaduh sebab games dekat smartphones .

5. KAD RAYA BERGAMBAR??

-As matter fact, kad raya adalah sehelai kertas keras yang dilipat dua dengan corak yang lawa-lawa dan bermuzik (mahal sikit). Gambaq muka hang selfie dengan wish 'Selamat Hari Raya ikhlas dari Ehh Peah Evans' bukan kad raya. It's an edited pictures. Jangan rosakkan tradisi weh.

6. BAJU RAYA.

- Ain perasan yang kawan sebaya Ain beli baju raya sendiri, Ain masih prefer pergi dengan parents, dapatkan persetujuan mereka. Kalau depa tak happy dengan apa yang kita pakai, mesti dalam hati ada terdetik sikit rasa tak syok kan. Mengaku jelah hm :( . Pernah beli casual outfit masa Form 2. Mama abah taksuka, terus tak buat dah heee .

Saya tulis bukan untuk kecam mana-mana pihak. Bukan juga untuk mengaku diri matang. Imma youngsters too. Tapi tulis untuk hiburan and renungan bersama. Moga ambil iktibar dari kesilapan lampau kita.

Saya, Ain Nuramysya ingin mengucapkan Selamat Pengantin Baru (padam) selamat hari raya aidilfitri kepada pembaca, and diharapkan kita sentiasa berada dibawah lindungan Yang Maha Esa.

Wednesday, 8 July 2015

Kenapa Bukan Aku?

Kadang-kadang terfikir juga. Kenapa bukan aku.

Kenapa bukan aku ditakdirkan jadi secantik itu.
Kenapa bukan aku ditakdirkan jadi slim macam dia.
Kenapa bukan aku yang kaya macam dia.
Kenapa bukan aku yang tinggal dirumah mewah tu.

Tapi ada masanya aku fikir, mesti ada orang yang ingin jadi macam aku.

Alhamdulillah, wajah aku cukup sifat.
Alhamdulillah, aku sihat.
Alhamdulillah, aku cukup makan, minum dan pakaian.
Alhamdulillah, rumah ini mampu tahan tempias hujan dan bahang panas.

Alhamdulillah.