Pages

Wednesday, 30 September 2015

Ujian Buat Sahabat?

Friendship. Persahabatan.
Entry ni request dari my friend, Fateha Kauthsar yang mintak I pergi goreng ayam kat rumah dia few months ago lol lol. She wants me to discuss about it. I'll try. 

Persahabatan ni antara bond yang paling mahal.
Lagi mahal dari barang berjenama kat kedai yang dipamerkan disebalik dinding kaca bersama rakan-rakanku yang lain tetapi eh. Sorry. Ia juga lagi mahal dari previous entry yang cerita pasal affordable beauty regime. Betul. Tak terbayaq.


Tapi nak cari kawan yang betul-betul kawan or lagi sedap panggil iz BeEfef (BFF) or... sahabat. 

Well sesetengah orang berkawan tak fikir fizikal, dan sikap. 
Sesetengah fikir pasal sikap, mungkin dia taknak kawan yang mengada sebab diri dia strict.
And mungkin dia nak kawan yang lantak ah buruk camana pun attitude dia asalkan dia lawa, lawa, lawa, handsome and poket tebal pfttt.

That's not friend la weh. Tu bank bergerak. 

There' no tips or info here. Cuma ada dua cerita pendek yang boleh inspire awak untuk dapat kawan baik. Yes, dunia ni masih ada sahabat yang baik dan ngam dengan kita, cuma kita kena keep searching the device by turning the WiFi on. Hikhik ok aku melawak la. Hampa reja nak marah ja sabaq ah hahahahah.

Mine.

I'm glad. All of my friend own the same nice attitude. Pemurah, Sabar, Setia and Sharing. Share makanan hahahahahah. OK to be honest, Ain bukan anak orang senang. I need to work if I want something. Masa sekolah, duit sekolah ikut financial status parents. 
'Oh man.. blogger nih mintak simpati siot. Cita kat blog pasai takdak duit. Jom kita sumbangkan bantuan ke account maybank yang terteraa..' 

Hahahaha wtf aku tak sedih. I am proud. Imma human. Sihat dan gemuk dengan lemak yang sangat loyal dengan adanya sahabat-sahabat disekolah yang absolutely generous. Weh aku cuma tak bawak duit sekolah, but I bawak bekal. Dan kawan-kawan I semuanya awesome. I tak bawak duit, I bawak bekal. We share foods! I bahagikan bekal I untuk kawan-kawan and diorang bahagikan makanan diorang untuk semua! Look! It's fun okay! Recess time pun boleh jadi bonding session.

Tujuan Asal.

Kawan I mintak I utaghakan pasai sikap kawan-kawan yang golongan berada yang pilih bulu. Emm I got no idea for this  topic but I think... Ehm. Saya rasa itu hak mereka. Yesh. Tapi...

Untuk bersikap pilih sangat tu takpayah la kot. Betul, tak semua kawan yang berharta atau ada rupa ni jahat tapi tak semua setia. It's depend on individual perspective. 

Baik atau buruk cara dia adalah dicorakkan oleh gaya hidup, didikan awal dan peer pressure. Jangan takut nak berkawan dengan orang yang ada kelebihan dan jangan stuck dengan satu type ja perangai member.

Luaskan pergaulan. We will see the true colour of life.

And second story ni saya dapat dari novel Di Atas Sajadah Cinta yang dikarang sepenuhnya oleh Habiburrahman El Shirazy hat buat novel Ayat-Ayat Cinta tuh. 
Ni amik short story dari novel tuh. I ringkaskan okeh.

Second Story.

Dalam sebuah negara, terdapat seorang raja yang sangat adil dan soleh yang mempunyai seorang anak lelaki yang tampan, bernama Said. Untuk pengetahuan semua, Said masih lagi anak kecil dan masa Said dipenuhi dengan mendengar kisah teladan Islamik dari ayahandanya. Tetapi dek kerana ayahandanya sibuk dengan tanggungjawab yang besar, jadi ayahanda Said memintanya agar mencari sahabat yang boleh diajak bercinta untuk ke syurga. 

"apa maksud teman yang boleh diajak ke syurga, ayahku?"

"Teman yang boleh diajak ke syurga adalah teman yang setia bersamamu, bukan kerana darjatmu tetapi kerana kemurnian cinta yang ikhlas terbit dari hati"

Maka dipendekkan cerita, Said pun mengembara. Mengikut kaedah ayahandanya, kalau nak mencari teman, kita kena menguji kesabaran seseorang teman itu.

"undanglah siapa yang kau rasa layak untuk jadi temanmu ke rumah ini untuk sarapan. sekiranya mereka datang, tangguhkan makanan mereka. lambatkan makanan tersebut agar mereka lapar dan lihat reaksi mereka. sementara mereka menunggu, rebuslah tiga biji telur. seandainya mereka masih bersabar, hidangkan dan amatilah perilakunya"

Setelah bersetuju dengan cadangan ayahandanya, Said terus menjemput sahabatnya yang bermain dengannya di istana tersebut untuk sarapan pada keesokan paginya .

Temannya cukup bersabar akan tetapi bila sarapan telur rebus tiba, sahabatnya itu meremehkan hidangan Said. Hancur hati Said ketika itu.

Ramai yang diujinya, ada yang memaki hamun, ada yang memukul meja dan ada yang pulang tanpa meminta izin. 

Said membawa diri mengembara di kampung berdekatan dan berjumpa dengan seorang budak lelaki bernama Abdullah yang langsung tidak mengetahui tentang status Said. Mereka bersahabat, bermain bersama dan mengembara bersama.

Sampai suatu masa, Said mengajaknya datang ke rumah. Oleh kerana Abdullah sudah terbiasa menahan lapar berhari-hari, Abdullah tidak merasa terganggu seandainya berada dalam keadaan yang lapar. 

Seperti biasa, Abdullah diuji seperti teman yang lain, Abdullah sabar sehinggalah tiga biji telur siap direbus dan dihidangkan. Said mempersilakan temannya untuk makan. Abdullah mengambil sebiji dari tiga biji telur tersebut, manakala Said melahap kedua-dua baki telur tersebut untuk menguji kesetiaan Abdullah.

Usai mengupas telur tersebut,Abdullah mencapai pisau yang berdekatan disitu lalu dibelahkan telur menjadi dua dan separuhnya diberikan kepada Said.

"Engkaulah teman sejatiku, ya Abdullah. Engkaulah temanku masuk syurga"

----

Maaf sebab cerita mungkin agak panjang. But you can obtain the moral value from it, right?

Janganlah mudah terikut dengan sikap luaran seseorang, sebaliknya berkenalan dulu, baru decide, ngam ke idok. Bukan sekali pandang teruih judge!

(Fateha, sorry sebab tak ikut topik. Idea terbang ehehehe. Ni ja aku mampu) 

Thanks sudi bacaa ^^

Monday, 28 September 2015

Affordable Beauty Regime



Bila cakap pasal kecantikan mesti semua akan pikiaq pasal KOS, KOS, KOS dannn keberkesanan. Makna kata, cost lagi penting dari the effectiveness.

C'mon girls. 
I'm not going to promote any product or expensive spa or salloon treatment. Puhliss la, yang tulis ni pun jobless hohoho kau expect hakak mampu nak tadah muka dengan rambut dekat aunty-aunty spa tuh? emmm tahun depan ah hahahaha.

Harini Cik Ain nak ajaq hampa Kaedah Mencantikkan Wajah Dan Melembutkan Rambut Dengan Murah sekali ehm. It's time for me to conquere those beauty keywords lololol.

Kos dalam sebulan arounddddd RM2. 
How meh how?? Seyes eh dua hengget?
Yes Yes .
Yang penting kena rajin dan tak skip.

The only ingredient you need is Egg.
Teloq Ayam sebijik untuk seminggu.
Seminggu keluaq dalam 30 sen.
Alaaa kira spare RM2 la untuk sebulan. Kalau ada balance tu beli ja jajan ka. Hihi legal la perabih duit, asalkan cukup RM2.
Okeh serious-serious.

STEPS:

1. Asingkan telur kuning dan telur putih. Oh actually sebelum Ain buat egg treatment, Ain akan pakai facemask untuk blackpores dalam 15 ke 30 minit. Jangan lupa wapkan muka tau. ^_^



Hello ^^,

2. Lepas dah asingkan telur, pakai telur putih dulu, simpan dulu telur kuning dekat tempat yang selamat. Selamat means tidak akan diganggu oleh anasir-anasir berbulu gigi taring nih. Jap nak tunjuk. Hoh seram!

:P

Sapu telur putih tu dekat muka, ratakan, kecuali bibir dan few sections dekat muka, macam Ain, Ain prefer sapu semua termasuk kelopak mata and bawah mata sebab nak cuci je, tak melibatkan kopek-kopek mask. Sesetengah orang prefer untuk rendam tisu dalam telur then letak kat muka, but i'm not. Kasaq. Takut tisu terpelanting :3

3. Tunggu sampai agak-agak dah kering dah telur tu dekat muka (macam ni) :

tak senyum sebab muka tegang -_-


keluarkan telur kuning dan sapu kat rambut macam sapu minyak rambut. It quite smelly tapi result dia sumpah best weh. Lembut gila pastu sikat guna jari ja heh.

(TIADA CONTOH BERGAMBAQ)

4. Around 20 minutes, basuh muka dan rambut anda. Ala pi mandilah senang cita. Cuci sampai bersih, especially rambut. Pastikan telur kuning betul-betul hilang dekat rambut pastu syampu bersih-bersih. Time syampu tu kita akan rasa betapa lembutnya rambut kita. Trust me. 

5. Ya ada lagi!!
Lepas mandi jadi mokcun heheheheheh 



Sejujurnya 'egg treatment' ni Ain buat since sekolah rendah cuma masa tu tak terlampau kerap. Well kanak-kanak ribena lah katakan, mana rajin nak sapu-sapu teloq ni. Mintak mama goreng roti gardenia celup teloq rajin ah.

Heheh so that's my answer bila ada yang tanya macam mana saya uruskan rambut  bagi lembut even rambut superwavy panjang anddd tebai nak mampoih! Hihi.

And kurangkan pakai hairspray. I prefer this oil. Lebih ringan and tak susah nak cuci.



Ok done. Harap entry ni membantu.
Thanks for reading.
Ada soalan, boleh tanya kat bawah.
Hehe adios!! 

Tuesday, 22 September 2015

It's All About Respect!!!

Hai Assalamualaikum..

Tak lama lagi kita nak sambut Hari Raya Aidiladha.
Trust me, i will gain weight, again!!

Harini cuma nak menulis pasal simple vibe. Respect.
Hormat.

Tak susah kalau nak orang hormat kita, Cuma kita kena belajaq hormat orang, dan semua kepercayaan dia. Ok senang ceritalah eh, kita ni raaaamai kenalan even mungkin some of us tak banyak kawan. Kan? Tapi tak jadi salah untuk kita hormat pendapat dan hak milik dia walaupun mungkin kita tak berapa berkenan dengan dia. I currently mad due to my shitty friend's word.

I am so sorry. There's a good girl tapi dia macam entahlah. Mungkin insecure or mungkin dia rasa bosan kalau tak kondem hak dan milik orang.


"Wow.. buruknya make up hang"


"Euw is that your phone? Sumpah aku takpernah teringin nak pakai Apple sebab camera sucks and please la. Dari dulu sampai sekarang , aku tak pernah teringin!!"
(and she use an old fashioned phone trust me but tbh i don't think abt that. it's her choice kan?)


OK IDK MAYBE IT'S THE FACT. BUT IT IS NOT LEGAL TO TALK LIDDAT AT PEOPLE'S FACE!!


"Weh kasut ni beli kat mana? Buruk gila bab** , Hang memang taste macam ni ka? Kalau aku, memang tak arr nak beli macam ni"


Saya seorang yang sangat fun. Suka gelak, suka buat kawan-kawan terhibur, suka bergurau but i am a serious person at the same time. Please Please Please respect perasaan orang. Sebab ada antara kita yang tak suka kondem orang dan lebih suka bersabar sebab ingat dia KAWAN. Jangan sampai orang lupa yang awak adalah kawan.


MINDS YOUR WORDS , GIRL!

Saturday, 19 September 2015

Hazama (Sampai Mati) With English Translation


SAMPAI MATI - HAZAMA


Walau bibir merungkapkan kasih,
(Even the lips says love,)
Mata merasa yang sebaliknya,
(The eyes shows the opposite,)
Wahai jiwa.. Andai kau mampu bicara,
(Dear soul.. If you can talk,)
Beritahu ku isi hatimu..
(Tells me what in your heart..)


Dan detak jantungku menghala.. arah dan jalan,
(And my heart beats heading.. to the way,)
Agar kita akan bersama..
(So we could be together..)


Andai dunia hancur binasa,
(If the world left in ruins,)
Aku akan setia.. sampai mati cintaku,
(I will be faithful.. my love is till the death,)


Takkan berserah, takkanku mengalah,
(Will never gives up,)
Hingga kau buat diriku takhta dihatimu..
(Until you makes me stay in your heart..)


Ku terlihat lagu dan curiga,
(I saw the song and suspicious,)
Di selimutkan satu senyuman..
(Along with the smile..)
Tanda tanya selamanya menghantuiku,
(The question will haunt me forever,)
Apa dirimu mahukan aku?
(Do you want me?)


Dan biarkan cerita lama terpadam sudah,
(And let's forget all the past,)
Agar kita akan bersama..
(So we could be together..)


Andai dunia hancur binasa,
(If the world left in ruins,)
Aku akan setia.. sampai mati cintaku,
(I will be faithful.. my love is till the death,)


Takkan berserah, takkanku mengalah,
(Will never gives up,)
Hingga kau buat diriku takhta dihatimu..
(Until you makes me stay in your heart..)


Janganlah sesali perjalanan ini,
(Don't regret on what we've going through,)
Adakalanya seakan gelita..
(Sometimes it quite difficult..)
Setiap saat.. tabahku berdoa..
(I pray for this.. every seconds in my life..)
Cinta kita sampai syurga..
(Our love will stay till the heaven..)


Andai dunia hancur binasa,
(If the world left in ruins,)
Aku akan setia.. sampai mati cintaku,
(I will be faithful.. my love is till the death,)


Takkan berserah, takkanku mengalah,
(Will never gives up,)
Hingga kau buat diriku takhta dihatimu..
(Until you makes me stay in your heart..)

Wednesday, 16 September 2015

Malaysia Tanpa Budaya?

Hai semua!!

Saya pasti bahawa yang baca ni majoritinya rakyat Malaysia, kan? 

Tajuk ni mungkin agak kontroversi. Tapi sabaq sabaq, sat nak cerita dulu . Cerita sikit kat hampa bagi paham noh.

Malaysia ni ada 14 negeri dan tinggal sebumbung dengan pelbagai bangsa dan kaum. Dan!!! Dialek. Loghat.

LOGHAT.
First, cakap bab loghat. Hat entry ni saya guna loghat utara la noh. Bagi mood naik nak menulih. Takmau mintak banyak, nak hampa bayang kalau kita duduk dalam satu negara, 14 negeri tapi takdak apa-apa keistimewaan. Boring kan? Sebab tu kita ada banyak loghat, budaya, makanan tradisi hohohho dan kelebihan masing-masing. Emm , jujur , saya fail loghat Sarawak dan Negeri Sembilan. Teringin nak belajaq tapi takdak sapa boleh ajaq!!

BUDAYA SENI.
Cakap pasai budaya seni. Saya suka budaya seni Kelantan. Dikir barat, sebab macam fun. Selain tu kita ada Boria, Wayang Kulit, emmm... Kuda Kepang, huih banyak lagi tapi saya takdapat pick up heheheh.

SAY NO TO RACISM.
Hmm yang ni common sangat sebab selalu ada gaduh antara kaum. Taktaulah, aku kata hang, hang kata aku. Tapi pada saya, variety ni best. Boleh dok semeja sembang-sembang pasai budaya kaum and agama masing-masing. Seronok, asalkan tak ada percanggahan gaduh-gaduh tuh la.

my girl. she's a Punjabi. We're cool lol.

MAKANAN.
Hahahahahahaha yang ni kalau ada tak setuju, tak taulah. Well sebab makan semua orang arif kan, tapi saja buat survey kat kawan-kawan social network dan tertarik dengan makanan negeri Sarawak. Dapat dari Kak Emma Mohamad . Hai kak !! Heheh .

hai ain. kalau psl fav food tu.
paling fav/famous mee kolok, laksa sarawak, mihun belacan. 
pastu linut/ambuyat. makan dengan sambal belacan, sayur midin goreng belacan, ikan bakar(sarawakian ckp ikan tunok). boleh jugak makan dengan sayur terung asam."
obviously semua tak pernah try. will try one day .

Oh i got to go. Ikutkan nak lagi share tapi angin ribut and bahaya untuk online sekarang. Cuma nak ucapkan Selamat Hari Malaysia dan ehm. Motif tajuk adalah untuk kita renung, kalaulah Malaysia tak ada budaya. We own a good culture, foods and be surrounded by warm hearted neighbourhood. Keep it up and pleasee. Say no to racism.

Selamat Hari Malaysia. 
I love Malaysia!!

Thanks Parveenjit, Kak Emma and Adliny for some info about the culture. Cuma tak mampu nak muatkan semua . Adios xoxo.

Monday, 14 September 2015

Haze ?



Kita semua dah sedia maklum bahawa Malaysia kini dilanda jerebu yang agak, ehm, sangat teruk. Ini gambar daripada pemandangan yang selalunya cerah guys. We are advised to stay indoor and drink lots of water. Ya, saya sendiri pun dah jarang keluaq even sememangnya diri ini jarang keluar. 

Doakan yang terbaik buat Malaysia. 
Semoga jerebu ini berkurangan.
Seriously, we don't need this unnecessary auto-filter. It make us sick. 

Kurangkan aktiviti outdoor yang tak penting dan kalau keadaan memerlukan kita untuk keluar, sediakan face mask dan bawak at least sebotol air (1 liter) sebagai back up kalau tekak kering dan rasa tak selesa. 

Take good care of our health . 
#PrayForMalaysia
#SayNoToForestBurning

Sunday, 13 September 2015

Way To Approach Our Crush!!

Pst pst . Bisikan sang blogger yang dah berbulan tak hapdate entry. Kasihanilah beliau lol lol lol .

Act idea entry tu ada tapi nak menaip tu seolah-olah ada batu dekat jari tsk T.T

Oh sebelum mula entry, saya betul-betul nak melahirkan simpati dari lubuk hati yang mendalam sedalam lautan ehm. Okeh serious :P 
Berkenaan insiden yang menimpa umat Islam di Tanah Suci Mekah baru-baru ini. Sesungguhnya ujian Allah terdapat dalam pelbagai cara. InsyaAllah, kepada mangsa yang meninggal dunia antara manusia yang syahid disisiNya. Harap keluarga tabah .

And in Malaysia. Hazeeeeeee. Malaysia jerebu woih!!!
(act macam orang taktau kat Malaysia ni jerebu lol)
Takyah pakai filter dah kat kamera, automatik mata kita ada filter wallah -.-

Back to the topic, we're going to talk about crush. Crush ni cukup femes ah masa sekolah. Sebaik dan se-skema mana pun student tu mesti akan ada certain time dia akan curik-curik ushar crush dia. Paling comel kalau crush kelas sebelah, ulang-alik depan kelas sambil mata jeling kedalam kelas tuh hikhik comel gila weh!

Kalau tanya bab-bab chenta kat Ain, memang boleh ah nak nasihat based on my experience and keadaan sekeliling. Okeh takyah beletiaq dah, jom teroihkan.

WAY TO APPROACH YOUR CRUSH .

1. Love letter (dengan sedikit taburan mak punya bedak :P ) .
-Penah buat masa darjah 5 hahahahahahah bodoh gila masa tu. Crush kawan sekelas hahahahahaha. Malu weh. Okay cara ini mungkin agak klisè dan well old-school, tapi kalau tak try tak tahu kan. Ehm cara ni sesuai kalau buat kat perempuan, tapi tengok attitude lah, kalau jenis kasaq-kasaq mengarut tu, takyah, dia nanti lempaq surat hang!

2. Confession .
- Agak straight to the point. Kalau cukup keberanian dan kalau crush tu jenis boleh accept, silakan. Kalau tak, mungkin boleh  malukan diri sendiri. Hati-hati gais.

3. The Successful Stalker!!
- Paling tepat lagi. Yaaaaa stalker! Kenal si dia dengan follow subscribe friend request blabla. Kalau berani, boleh try private message, who knows? ;)

4. Berkawan .
- Guys, seriously this is my way! Jadi kawan, kenal sikap baik buruk, then decide sama ada sesuai atau tidak kalau awak dengan dia bercinta .


** Sejujurnya entry ni memang tak semacam yang awak harapkan, I know you are looking for cute tips isn't me? But hell no. I just state few method that people use to attracts their crush lol lol lol . Entry ni sebagai syarat untuk saya update semata-mata. Maafkan saya for the hambarisme pftt. Just want to share that I feel sorry for the victims In Makkah. Semoga dipermudahkan segala urusan. 

Assalamualaikum :)



Ha la ok la, tau hampa maqah kan. Ha k la bagi tips sikit ja.
Sebelum nak sukakan seseorang dengan lebih mendalam, kenal hati budi, berkawan, tahu baik dan buruk dan belajar menerima kekurangan seseorang, kenali yang sikap diorang, kalau diorang kasar, jangan apply pendekatan yang drastik, sebaiknya berkenalan elok-elok tapi kalau si dia seorang yang rapat dan boleh buat member se'kelapa', boleh confess. Nih contoh confession:

"weh peah, aku suka kat hang, hang mau kat aku dak? kalau mau jom kapel, kalau takmau sudah, hang bukan lawa tera mana pun dok wat syempoiii pulak"

Ok HAMBAR. K NAK WAT RESEARCH CARA NAK UPGRADE ENTRY T.T xD

Thanks sebab dah baca sampai sini, scroll down to read my entries. There's some tips in it. Ya it's the real tips guys. Bukan macam hat ni . K Babaiii :) 

Assalamualaikum wrbt.