Pages

Tuesday, 31 March 2015

Khasiat Tempe

Imma food lover. I'm not choosy when it comes to FOOD! Yeyy lemak, come to mommy pleasee. Tapi tempe memang out of list. Bila tengok mama makan tempe and mama offers suruh makan, terus "eiiii takmaulah makanan ni. Tak sedap!" (belum try belum tahu). Tapi setelah dipaksa, okay try jugaklah, kalau tak mama takkan mengalah hohoho. Result. "YEK TAK LALU. APA NIHHH!!" (dah try pun sama gak -_-). Ya Allah.. those old times. Maafkan diriku ini T.T

Tapi these few weeks, woh teringin nak makan tempe. Balasan mungkin. Sampai mimpi tetiap malam, bangun tidur air liur penuh bantal. K tipu. Lepas dapat puaskan craving yang tak semena-mena ni, terus search, apalah khasiat tempe ni kan? Ok saya huraikan sikit. Sikit je kalini. Pinky promise :P

Tempe dapat tingkatkan kadar pengambilan gizi harian kita such as vitamin B12, asam pantorenat, niasin dan satu zat antioksidan dalam bentuk isoflavon yang bertindak untuk hentikan pembentukan radikal bebas. (ayat copy pft)

Selain itu, tempe ni juga dipercayai dapat bantu mencegah penyakit anemia. Anemia ni lazimnya jadi dekat golongan yang kononnya nak diet sampai tak makan dan tanpa disedari, individu tersebut risikokan diri sendiri dengan tindakbalas penurunan sel-sel darah merah dalam badan. Anemia ni boleh menyebabkan awak pitam, letih, lesu, kerap mengantuk, rambut gugur dan sakit kepala. Nak? taknak kan? OK jom makan tempe :P

Lain-lain khasiat tempe yang boleh saya ringkaskan ialah :

1. Protein yang tinggi dapat mengurangkan keracunan makanan. Unless kalau awak makan tempe basi, tu jangan complaint.

2. Zat besi yang dapat menurunkan kadar darah. (Darah Tinggi).

3. Mengandungi superoksida desmutase yang baik untuk individu yang mempunyai masalah jantung.

4. Khasiat yang cukup untuk wanita atau model yang takut gemuk. Wuuuuu

5. Risiko daripada infeksi (jangkitan).

6. Kalau yang euwww tengok oat, boleh amalkan tempe sebab ia mengandungi hipokolestrol yang dapat turunkan kadar kolestrol.

7. Mempunyai sifat antioksidan yang dapat mencegah risiko kanser kalau diamalkan selalu.

8. Dapat seimbangkan pengambilan gizi seharian. Khas untuk yang makan tak kira zat macam saya lulz :3

9. Untuk yang kuat marah boyfriend sahabat-handai adik abang kakak, boleh amalkan sebab cegah hipertension. Yey!

10. Cegah osteoporosis (High in calcium)

Info yang I dapat lepas godek blog lain. Teehee thanks to all those info dear senior bloggers *tabik hormat kadet polis sekolah* . Masih belajar cara untuk share info selain dari share tips. Pelbagaikan function blog. Tak gitu?Thanks for reading. Selamat ber-tempe ;P

Monday, 30 March 2015

12 Tanda Jatuh Cinta

Auch daring sungguh title I kalini. No doubt. Kalini nak share pasal tanda-tanda jatuh cinta dekat awak semua !!!

Yeyyyyy! *sorakan dari pembaca budiman budiwoman sekalian*

Yeah let's get started!! Ehm actually ni dalam bahasa inggeris tapi iols translate ke bahasa melayu. Bahasa melambangkan bangsa walaupun dalam entry bahasa rojak habisss!! Rojak buah jeruk lebih satu!!! Ok Ok stop. Jom teruskan.

12 Tanda-Tanda Dah Jatuh Cinta

1. Baca Message Ulang-Ulang Kali.
▷secara tak sengaja, kita baca message dia berulang-ulang kali and nampak macam sweet sangat even dia message "selamat pagi" sahaja.

2. Bila Bersama Dia, Kita Cuba Lambatkan Masa.
▷Lambatkan masa bukan bermaksud awak kena pergi ubah masa dekat jam dinding rumah k. Haip jangan buat pleash!! Makna kat sini ialah kita akan cuba berlengah. Kalau tengah makan, makan slow-slow sebab nak spend time. Begitu juga ketika bersin, slow motion gitchew. "haaaaaachiuuuummmmm"

3. Malu-Malu Kucing
▷Bukan malu tengok kucing, tapi rasa macam 'ehh tak boleh jalan laju sangat. Kontrol Ain,kontrol. Pheww behave. Crush tu crush tu. Coverrr' . Paham?? Hewhewhew

4. Bila Fikir Pasal Dia, Jantung Berdegup Laju.
▷OMG Thiz iz serious matter. Bila orang nak bercerita pasal dia, tidak semena-semena mood berubah, excited or devastated, bergantung kepada topik. Luls.

5. Suara Dia Buat Kita Tersenyum
▷ Ok walaupun senyum merupakan tindakan terkawal, tapi bila dengar suara dia, automatik senyum akan tergolong dalam salah satu involuntary reaction.

6. Hanya Dia Dimatamu
▷ Booo...ayat!!! Tapi ya, awak takkan nampak lagi Zul Ariffin, Zayn Malik, dan Malik Noor kalau awak sudah jatuh hati dengan seseorang. Hanya dia yang paling charming dekat mata kita.

7. Dengar Lagu Cinta
▷ Tak perlu huraian rasanya . Hohoho

8. Sentiasa Teringatkan Dia
▷ Paling benci benda ni. Sebab secara mendadak, fikiran akan ingatkan dia, risaukan keadaan dia, kesihatan dia dan sebagainya. Sadis T.T

9. Cepat Tersentuh
▷ Apa sahaja kebaikan yang dia buat terhadap kita, kita akan rasa 'awww he's so charming', padahal dia tolong kasi tisu untuk kau lapkan peluh busuk masam kau je. Siapa yang tahan bau peluh?!!!

10. Mahukan Perhatian
▷ Ni tahap paling best kalau kita check balik. The moment bila nak ambil barang yang tercicir pun diselangi dengan aksi menyelak dan flip rambut dengan harapan si dia akan curi-curi pandang. Padahal tak pun tsk

11. Anything For Him/Her
▷ Sakit?? Ok sanggup google tips nak sembuhkan dia. Makanan favourite dia? Okay jom pergi belajar memasak sekarang.
*kegigihan seorang Ain*

12. GOTCHA !!!
▷ Dalam 12 tanda ni takde sebarang nama disebutkan, tapi apahal kau fikir dia yang sorang tu? Teehee ;)

Sunday, 29 March 2015

Cara Nak Kekalkan Hubungan Baik Dengan Kawan

Siapa ada kawan kat sini? Walaupun seorang. BFF ?? Besties ?? OK dalam persahabatan pernah ada gaduh tersentap tarik muka muncung bibir panjang sedepa tak? Why weh?? Obviously sebab salah faham or kadang-kadang mungkin tiba-tiba BFFFFFF korang avoid korang without any specific reason. Trust me. Itulah keindahan persahabatan, ada naik dan turunnya. So let me gives some simple tips untuk kekalkan ukhwah persahabatan kita. Cewahh ayat ~~

1. REMEMBER THE SPECIAL DATE
• logic ? okay imagine bila korang baru je kawan dengan someone ni , tapi bila birthday dia, terus korang suprisekan dengan wish and hadiah (even hadiah murah coklat kecik choki choki) . Mesti kawan korang rasa 'wow dia tahu borndate aku!!'. And lebih special lagi bila awak semua turut kenal family kawan awak (ini untuk yang dah lama berkawan) . Bolehlah call wish hari lahir ibu atau ayah kawan-kawan. Sure diorang akan terharu punyalah!!

2. TAHU CARA NAK HANDLE 'MOODY' KAWAN
• Yang ni ramai fail. Ramai sangat. Okay korang kena tahu yang nak handle moody kawan tak sama mengikut gender. OMG SERIOUSLY?!!! YES ! Kepada yang ada kawan especially kawan baik yang berbeza jantina, ketahuilah bahawa lelaki dan perempuan takkan sehaluan kaedahnya kalau nak settle problem .

i. perempuan :
kalau ada problem, girls tend to talk to someone they really trust. Kawan baik, parents, siblings or even boyfriend. Kami suka mengaduuuuu panjang-panjang dan harapkan nasihat, kata-kata semangat or a lil bit of opinion. Sebab tu perempuan seringkali salah anggap yang lelaki ni perlukan pendengar setia bila dalam masalah. Tapi, ada sesetengah lelaki yang secara semulajadi nakkan pendengar yang setia instead pendam dalam hati. Kenali kawan awak semua. And guys, please don't blame us hanya sebab kami perlukan telinga awak hewhewhew.

ii. lelaki
betulkan saya kalau saya salah. Dari yang saya ushar perhati diam-diam *ayat nak win je* , lelaki ni suka take time bersendirian bila ada masalah. Sebabnya dari masa tulah diorang akan dapat solution. Betul??

3. BE A GOOD COMPANION
•Cara yang sangat mudah tapi ramai tak boleh buat. Kan? Ingat satu je, kawan ketawa mudah cari, kawan menangis, 1/100 pun belum tentu ada. So kalau nak diingati, jadilah 1 dalam 100 tu untuk BFF awak semua !!

4. BEZAKAN NASIHAT DENGAN KUTUKAN
• Kalau awak rasa "ish hang ni tak pikiaq ka hang ni makin gemuk. dahlah tak lawa . eii pasni jangan kecoh kalau orang takmau kat hang" is an advise, forget it.
BELAJAQ BEZAKAN NASIHAT DENGAN KUTUKAN PLEASE !!!!

5. BAGI PENGHARGAAN
• Bukan bererti kena kasi hadiah hamper emas intan berlian permata dsb, tapi dari segi wishes. Well saya selalu guna cara ni bila bornday kawan. OMG awkward kalau selama ni bermaki-makian gurau cubit tepuk tampar macam orang gila pastu tiba-tiba "engkaulah sahabatku till jannah dear Wani" , sure kena gelak guling-guling even we both know that I mean it , kan? so time bornday tu lah masa untuk karang ayat bunga-bunga cinta layu dipusaraaaa untuk kawan kita? pastu esoknya jumpak buat muka seposen, buat macam tak rapat langsung. pfttt macam manalah. thanks sudi menempek jadi bff even I ni jenis tak reti nak sweet2 , loya pulak tekak ni.

sejujurnya banyak tips nak share sebab nak berkawan ni kena ada 1001 cara untuk kekalkan hubungan. Well bukan kawan saja, tips ni boleh apply kat kekasih, tunang or parents sendiri. Tips umum. Saya cuma share secubit idea dari pengetahuan saya. Find it useful? Share your own tips below.

Thanks for reading. Sayang hampa semua xoxo

Thursday, 26 March 2015

Tips Mengelakkan Keyboard Warrior !!

Well its been a long long long time since I tak post apa-apa dekat both blogs . Tskk. T.T
Ehm actually I memang tak ade any PC or Laptop , honestly lah kan . So major post dekat wechat , INSTAGRAM and sekali-sekala selitkan jugaklah facebook dalam posting . Itu pun gambar semata-mata . I still wondering what tips i'm going to share . Kalau ada tips pun , it might be from other blogs LMAO . Sebab diri ini merupakan peminat blog-blog seMalaya and boleh dilabelkan sebagai 'Google Girl' . Bcuz majoriti soalan and kemusykilan akan diikuti dengan jawapan "Ce google" or "Try tengok kat google weh" . Weyyyyyyy sekarang zaman IT wey . Tapi ramai sangat yang terlalu expose dengan IT sampai ... Pftttt ! Rosak otak . OK carry on . I think i'm going to share some simple tips on how to control our behaviour on cyber . These tips are special for all those KEYBOARD WARRIOR . Jom elakkan dari jadi salah seorang dari KW melalui tips ini :)

1. FIKIRKAN AKIBAT

-okay sound cliché gitu kan ? Tapi cuba fikir . Apa yang bakal kita tulis akan bagi impak yang besar pada diri kita . Contoh senang , awak tengok posting pelik2 . 'buang bayi' , 'bunuh ayah sendiri' and secara automatiknya mulut akan lepas bebas menyumpah maki seranah and the best part is ayat "ANAK SAPALAH NI WOI?MAK BAPAK TAK AJAR EH!!" Okay ini bahaya , especially kalau awak ada anak . Ada ? Ada ? Ehem ingat k, dunia bulat . Begitu juga kita . Berputar gittew~

2. ELAKKAN BACA KOMEN ORANG YANG BERBALAH

-yang ni satu lagi fenomena merepek . Kerap sangat orang bergaduh dekat social network ni. Terutama sekali bab-bab artis. Okay mula-mula A komen marah-marah, B datang back up sipolan ni, C datang berceramah, D ajet-ajet jadi orang tengah, EFGHIJKLM maki si D, NOP datang back up si D tapi end up dimaki balik. Dan orang yang dibincangkan tu tak ambil tahu pun malah tak berterima kasih pun pada yang membela tu . So?? Elakkan mencelah pada komen perbalahan kosong tersebut . Tak baca lagi bagus !

3. BE A GOOD USER

-ketahuilah bahawa jadi pengguna internet yang baik pun boleh mengelakkan keyboard warrior ni . Tolong perhatikan dan kaji info betul-betul sebelum bertindak SHARE satu-satu info. Let's imagine . Okay awak follow saya k .
Awak share info yang tak sahih misalnya di facebook . Awak tak tahu benda yang awak share tu palsu tapi yang lain tahu . OMG APA AKAN JADI ?!! Orang akan komen bash awak dan awak kekonon nak back up diri lah kan , ajak kawan-kawan bash orang tu balik dan orang tu ajak geng-geng dia lawan komen kat facebook awak .Bayangkan kalau post tu mengenai ilmu agama . Tak ke spoil satu-satu info tu ? Renungkan.

4. JAGA APA YANG NAK DIKONGSIKAN

-Beware , gambar-gambar yang tak sepatutnya dikongsi, tolong jangan kongsi. Kalau dicuri atau disalahgunakan, jangan kelam-kabut menangis meraung gambar dicuri yer. Ini mungkin agak menyimpang dari topik KEYBOARD WARRIOR  but it still boleh mendatangkan bahaya. Tak perlulah nak hurai spesifikasi gambar, sendiri mau ingat.

5. KAWAL ANAK-ANAK

-Last but not least, to the parents, jaga anak-anak anda dari terlalu menghadap smartphone dan PC terlalu lama. Kalau boleh hadkan masa dan kawal setiap laman web yang dilayari. Sedih sebenarnya tengok adik-adik yang mostly babies, main tab,ipad dan sewaktu dengannya. Saya sendiri prefer untuk anak-anak kecil luangkan masa dengan parents or permainan yang boleh tingkatkan IQ bayi. Block,Kiub,Puzzle. Mudahkan ? Lebih senang, parents kena jadi sahabat kepada anak-anak so takdelah diorang bosan dan stick up dengan games 24/7 . Well i'm not a parents yet but this is an advise. Mudah sebenarnya .

Ok there some sweet yet simple tips yang boleh Ain share dalam blog setelah sekian lama KRIK KRIK KAWAN KAWANNNN . Thanks for reading xoxo

AND SORRY FOR THE LONGGGGGG INTRODUCTION ! o>_<o~