OK first of all, ini bukan paid review produk kurangkan peluh cam kat instagram tuh dan bukan jugak promo iklan ubat ketiak yang suka show-off ketiak yang putih lepas promote deodorant mereka. Bukan bukan!
Ini cuma entry yang di-Request oleh seorang sahabat yang kuat peluh dan perlukan tips katanya.
YA AIN MEMANG DOKTOR PELUH SEMALAYSIA KAN??? XD
APA ITU PELUH?
yang kita tahu, peluh adalah air masin yang keluar dari pori badan. Is it true? Ya... But it more than salty liquid gaisss. Peluh ni adalah tergolong dalam satu proses perkumuhan macam u'uh tu tapi peluh tidak tergolong sebagai najis. Ia cuma proses mengeluarkan lebihan toksin dalam badan. Kandungan peluh ni sendiri adalah campuran air dan lain-lain kandungan blablabla *tak hengat* yang bertujuan mengekalkan suhu badan. So obviously bukan najis, kan? Lagi kerap kita berpeluh, lagi kerap kita singkirkan 'bahan buangan' dari dalam badan. Tapi, macam mana dengan individu yang kuat peluh ni??
PUNCA KUAT BERPELUH
Peluh berlebihan ni dalam bahasa saintifik la konon dikenali sebagai 'hiperhidrosis'. Ini adalah masalah peluh yang berlebihan dekat certain part dekat tubuh badan kita. Boleh jadi bahagian lain semua peluh so-so je tapi mai tang ketiak masyaAllah ... sehari kena tonyoh sebotol besar deodorant mungkin lol lol. Antara punca peluh berlebihan ni adalah overweight. Ya, orang berbadan besar lebih cenderung untuk berpeluh, kan? And akan jadi bila kita overthinking pasai peluh busuk masam tuh. 'OMG NANTI PELUH NANTI PELUH. BUSUKKKK'. MEMANGLAH AKAN PELUH. Cuba kita fikir *NO, JANGAN KELUAR LEBIH-LEBIH YANG PELUH SAYANG* sambil cium pori-pori peluh berlebihan tuh hewhew.
CARA-CARA NAK KURANGKAN PELUH BERLEBIHAN
1.Banyakkan Minum Air
-Banyakkan minum ayaq masak. Ayaq masak ya, bukan ayaq coke sprite mua tuh. Bukannn hahaha. Banyakkan minum air kosong kerana dapat memastikan suhu badan rendah and kurangkan peluh. Kalau kemasukan air kurang, suhu badan akan meningkat.
2. Pakaian Longgar
-Pakai pakaian longgar yang bermaterialkan polyester dan bukan dari kapas.
3. Say No To Dark Colour
-Majoriti dari kita suka pakaian warna hitam dan gelap-gelap kan? Menawan katanya. Tapi warna gelap inilah yang menyerap haba. So kerapkan pakai pakaian yang berwarna cerah untuk mengurangkan penyerapan haba.
4. DEODORANT
- Bukan bermaksud pakai hentam suka hati je nak beli deodorant aka ubat ketiak nih. Cari deodorant yang sesuai dengan masalah kita samada peluh or masalah kuning kat baju dan ikut gender pleaseee. Mesti ada sebab tertentu kenapa shampoo, facial foam dan deodorant ada gender. Oh ini khas untuk yang peluh kat tiak lah eh. Kalau yang jenis peluh kat tapak tangan, tengkuk dan kaki, jangan gatai pi tonyoh ubat ketiak kat tangan pulak hohohoh.
5. Sayuran Hijau
-Alhamdulillah saya tak mempunyai masalah peluh berlebihan so takperlu sayur hijau hiks :P Sayur bukan sahaja untuk peluh kan? Banyak khasiatnya kan? Amalkan! *nasihat diri sendiri*
6. Minuman Pelik-Pelik
-Minuman berkafein, kola, fat burner, dan beralkohol, kurangkan. Banyakkan air kosong. Kadang-kadang ingredient dalam minuman dapat buat kita berpeluh dan menggesa kita untuk minum air banyak agar lagi banyak peluh dan proses berkumuh agar cepat kurus. Betul? Lazimnya untuk slimming product la. Tapi berapa percent rakyat Malaysia yang rajin minum air? Kurus mau tapi ayaq manjang nak mountain dew. Kirim salam jelah sama itu fit body uhuk.
7. Food Intake
-Walaupun sedap, tapi kurangkan pengambilan makanan pedas macam kari dan makanan yang kuat baunya, yang dari bawang misalnya. Bila makan makanan dari bahan tuh, kita akan berpeluh dan lagi buruk lagi, busuk!!!! So kalau kuat peluh, kurangkan sikit yer. :)
8. Tempat
- Pun memainkan peranan. Jangan asyik duduk dekat tempat yang ruang aliran
sempit dan udara susah keluar masuk. Kat mana? Dalam rumah pun boleh jadi kalau tingkap sentiasa bertutup. Betul!
Itu saja huraian dan panduan sikit-sikit yang Ain boleh share. Sebab kalau nak ikutkan ilmu peluh ni memang kuranglah, modal pun dari senior bloggers dan pakcik google sendiri. Semoga entry ni bermanfaat. Dan ehem. Ramai yang ajukan soalan.
"AWAT HANG SELALU BOH PASAI TIPS NGAN PANDUAN WEH? CE TULIH PASAI MENDA LAIN PULAK?"
'ok here goes. saya mempunyai aktiviti harian yang membosankan setiap hari dan agak jarang keluar jadi setakat ini sahajalah suapan entry dari saya lol lol. hang nak request entry pun boleh aih. wassap wechat pm im pesbuk aku. kasi topik or masalah, ain the supergirl akan cuba kaji. okeh? adios! tq sudi baca heee'
*for any question, kindly message me at :
wechat (id) : yzhars
facebook : Ain Nuramysya
email : ainnadzri11@gmail.com