Why we prefer smart guy to become our soulmate? Why girls, why? Walaupun diri ini hanya berkelulusan SPM semata-mata (next year saya sambung studies. Janji tsk), tapi tetap mahu lelaki bijak sebagai teman hidup. Bijak tu takdelah tahap bijak cendekiawan tukang cipta handphone pe semua. Cukuplah setakat lelaki yang belajar dengan jayanya di sekolah tanpa gejala ponteng belakang sekolah sambil hisap rokok kawan diselangi tawa bangga dapat usik pelajar perempuan. No No No!! Guys, elakkan. Meh cheq bagi sebab, pasai pa kami suka laki bijak meh.
1. Jaminan Masa Hadapan.
●macam tagline Universiti swasta kan? Tapi itulah hakikatnya. Rajin di sekolah melambangkan disiplin yang tinggi, Usaha yang berterusan, dan keinginan untuk capai sesuatu dalam hidup. Kami mahukan lelaki yang jelas matlamat hidupnya. OMG ayat kau Ain... Hahaha. Walaupun kejayaan bukanlah terletak pada sijil, tapi macam saya katakan, result kita adalah cermin kepada usaha dan kemahuan kita.
2. Matang.
●ini bukan sahaja kriteria favourite perempuan, malah lelaki pun sama. Kan? Lelaki mana yang nak kan perempuan yang gedik terloncat-loncat hentak kaki kalau kemahuan tak dipenuhi kan? So do us! Kami tak prefer lelaki yang penuhi malam dengan lepak ber-shisha sampai tengah malam guna duit emak bapa. Tak best :(
3. Keyakinan Tinggi.
●yakin yang dimaksudkan dekat sini ialah yakin yang dia mampu bina keluarga dengan baik dengan kemampuan yang sedia ada, bukan yakin boleh kalahkan kawan-kawan di atas jalan raya.
4. Handsome.
● K ni saja je. Hahahahaha takdak point pun.
5. Contoh Terdekat.
●k yes inilah point utama saya. Izinkan saya bercerita. Ehm test mic. 1..2,1..2 . Okay, saya bukan pelajar A+ di sekolah. Sekadar melukut di tepi gantang sahaja.Eh bukan, sekadar cukup-cukup makan dan bolehlah dari takdak. Pftt. Jadi saya prefer anak-anak saya supaya masuk asrama supaya tak malas pergi sekolah dan jadikan papa mereka sebagai contoh terbaik. OMG sweet dak? Hoho. Jadi anakku, andai awak semua baca blog mama, ketahuilah bahawa mama baru berusia 18 tahun ketika ini dan sudah pun fikirkan kebaikan kamu semua. Oh my .... gatalnya perempuan ni! Dan kepada bakal suami (hai suami!! ) yang mungkin sedang baca blog ini, perkenankanlah permintaanku untuk sumbat anak-anak masuk asrama supaya tak malas macam mamanya ini. Hohohohoho. Ya Allah jauhnya angan aku ni!!!! Takpe untuk kebaikan. Kot.
Ahahahah ok ok baiklah. Sebelum saya masukkan orang lain dalam entry, ada baiknya saya stop dulu.
K.
Stop Intan, Stop!!!
Dah lah woi !!!
Hahahahah okok. Thanks for reading xoxo ^^,
p/s : entry hanya sekadar entry kosong yang boleh dijadikan hiburan dan panduan andai ada yang baik-baik. Ingin saya tegaskan. SegalaNya adalah ketentuan Yang Maha Kuasa. Baik buruk masa silam seseorang bukanlah penentu masa depannya. Doakan yang baik-baik kepada diri dan insan sekeliling kita. :)
No comments:
Post a Comment