Kalau selalunya entry lebih kepada tips dan panduan, kalini izinkan patik bercerita. *susun sepuluh jari macam dalam lagu raya teehee*
Sejujurnya inilah punca saya tulis pasal lasagna semalam. Sebab harini nak pegi makan. Hahahaha tak habis dengan makan xD
Dan wahai kawan-kawan yang budiman dan jelitawan sekalian, ketahuilah bahawa kami rancang bertiga tapi sebab sorang terpaksa cancel sebab ada urusan last menet. Jadi semua cancel sebab si baju merah ni tak biasa keluar berdua dan si baju putih ni tak berapa rajin sebab demam *uhuk srotttt* , tapi disebabkan si baju merah ni nak sambung study tak lama lagi, maka si baju Putih-Putih Melati nih pun offer nak belanja. Wohhh terus si baju Merah-Merah Delima set tempat kat Secret Recipe and siap listkan order lagi tuh. Takpa Bil... Semalam hari hang.
Dan dalam dok sembang, diri sendiri dok harap 'Jangan laaaa jumpak sapa-sapa kat sini.. Kang jadi kes'. Yaaaa terserempak dengan kawan yang dengan jayanya snap gambaq dua manusia yang tengah taksenang hati sebab ada manusia yang tak diingini timbul T.T
Yang penting masa lazaksana tuh sampai. Mula-mula masuk mulut ni macam, 'emmm biasa ja menda ni haih' . Tekak orang demam memang macam tu agaknya. Benda mahal dirasakan murah sobs. Tapi kejap je tu, masuk suapan yang kedua, yesss selera kembali.
Welcome back dear appetite hehehe~
Jadi selain makan dan gelak diatas perkara merapu, kami jugak disahkan sedang bernafas sambil selfie disitu. Jadi tiada yang istimewa mengenai pertemuan dua orang merapu ini. Oh sebelum orang lain pulak salah sangka, kami kawan sahaja. Kawan yang akan bash each other and talk about *drum rolls* ..... FOODS!!
Dan entry ni diwujudkan tak lain dan tak bukan, nak ingatkan bahawa anda hutang JCo dekat saya wahai Encik Nabil.
Sekian. Salam semangkuk lasagna. ^_^
Oh. All this peektures, credit to Iphone 5 yang bukan milik saya T.T
![]() |
bukan dari phone saya |
![]() |
oh ni pun obviously bukan |
![]() |
yaaaa saya tak pakai iphone T.T |
![]() |
nah close up. lol lupa nak ambik gambaq makanan xD |