Pages

Thursday, 23 April 2015

Lasagna

entry pasal makanan. lagi?
wohhh entry ni bukan pasal makanan, tapi lebih kepada pengalaman. Pengalaman apa Ain?? Pengalaman keja kat Pizza Hut. Ok here goes.

Pizza Hut ada menyediakan hidangan pelbagai variasi rasa pizza dari yang pedas, masam, 100% keju dan vegetarian. Tapi pehal tajuk ko lasagna doh?? Pasal one of side dish dia lasagna. Ya, lasagna sebagai side dish?? Seriously?! Lasagna makanan berat tapi count as side dish je?? Kenapa bukan main meal gitu? Pasal nama pun PIZZA Hut. So kalau awoks2 nak makan Lasagna semata2 pun okay. Terpulang kepada individu.

Sejujurnya saya sendiri pun belum berkesempatan merasa Lasagna or nama dish kt PH ialah Seafood Lasagna wallahh *cium jari macam iklan Massimo*

Jujur takpenah makan. Dok serve huyooo wanginyaaa tapi takpenah makan. Teringin sebab nampak cam sedap bila Garfield mintak lasagna sebagai treats. Tak silap saya, lasagna ni combination cheese dengan daging hancur kan? Gosh!!! Kucing oren pemalas yang suka makan makanan manusia ternyata berjaya attract jiwa dan sanubari saya.

Panjangnya mukadimah. Ok ni pengalaman saya dengan lasagna yang diberi tajuk ...

AKU, PELANGGAN, LASAGNA DAN PIZZA HUT!!
hiks.

pelanggan : Dik, akak nak order blabla pizza perisa blabla dengan set blaaa dan air pepsi.
IOLS : set kak pilih ni boleh pilih bahagian pasta. Kalau ikut kegemaran customer, ramai suka yg ni *tunjuk kt Seafood Lasagna dekat menu*
pelanggan : emmm, *bincang dengan husband. Or mungkin boyfriend. Or scandal atau adik*
Saya nak Seafood Lazaksana ni eh

OK dia tak mengeja dekat saya, tapi dia sebut sambil tunjuk menu tuh. Macam tu lah sebutan akak tu. Kalau lazakna tu still acceptable. Lazaksana? Yang kelakarnya, makcik2 50an pun reti sebut. MUNGKIN AKAK NI TAK PERNAH LAYAN GARFIELD. Teehee. :P

Entry gurau2 di malam hari. Peace :D

No comments:

Post a Comment