Pages

Friday, 24 April 2015

Thank You Allah!

Sentiasa jadikan setiap perjalanan hidup sebagai satu kenangan. Baik ataupun buruk. Ianya satu kenangan. Walau dengan siapa pun kita berada. Yang akan buat kita ketawa bila mengenangkannya pada masa depan.

Sebab tu saya cuba untuk jadi seikhlas boleh dalam bersahabat. Se-gila yang saya mampu bila menceriakan orang sekeliling dan se-prihatin yang mampu bila tiba masa untuk redakan tangis dan masalah seseorang.

Mungkin sebab itu saya tak segan dalam bercerita kenangan lucu, masalah lampau, kesilapan zaman kanak-kanak. Kerana bagi saya, setiap perjalanan telah diatur sebaik mungkin oleh Dia. Jadi tiada guna untuk kita sesalkan. Syukuri apa yang dah jadi.

Past is past.

No comments:

Post a Comment