Pages

Thursday, 16 April 2015

Kesetiaan Bawa Padah

Yes . Title yang sememangnya membawa maksud yang jelas and takde kias pantun pusing-pusing roundabout Pulau Pinang dah (eh?)

First of all, pencerahan title. Its all about 'couple' dan kesetiaan kepada pasangan yang melampaui batas. Entry ni khas sangat untuk adik-adik underage or dalam bahasa percakapan harian, budak sekolah. yes, budak sekolah. Like we all used to be.

Kalau nak cakap pasal pengalaman diri yang perasan matang ini, masa form 1 (zaman baru buat pesbuk auww) memang banyak kali tukar 'BF la sangat'. Memang zaman budak-budak. Couple sekadar untuk tukar status 'in a relationship with JEP SEPAHTU' , tukar-tukar phone number and amalkan panggilan yang kekonon sweet manis melecaih tuh. Tapi alhamdulillah, hanya di facebook sahaja. Tiada istilah dating bagi saya.

'mama papa' 'anje ucuk' 'bie sayang'

okay it sound disgusting tapi kalau budak-budak guna, lagi euw. Bukan nak ajet-ajet mature tapi adikkkk.. baju sekolah awak pun mak ayah sponsor, tolong jangan hancurkan hati diorang yer.

And yeah, saya masih lagi keliru dengan pihak yang kononnya setia dengan serahkan all private information kepada kekasih. Password social networks, IC number, Birth Cert Num (nak buat apa?!!) and the main part of it is, KALAU AWAK BERTUDUNG, PLEASE JANGAN SEND GAMBAR FREEHAIR AWAK DEKAT BOYFRIEND AWAK. Bukan jaga tepi kain orang, hakikatnya siapa boleh jamin yang BF yang kononnya pemilik tulang rusuk awak tu jodoh awak? Sedih.

Paling sedih bila adik-adik yang masih sekolah ni terlibat dengan kes ni. Perjalanan awak masih panjang, tolong jangan bantutkan keinginan belajar dengan cinta yang samar-samar and forbidden behaviour. Sounds rude?
Okay last nak tanya.

BERAPA BANYAK KES ROGOL DAN BUANG BAYI MELIBATKAN REMAJA BAWAH UMUR? ADAKAH SEMUA SALAH PARENTS?

Think about it. Fikirkan akibat sebelum mula bertindak .

:(

p/s : nama Jep Sepahtu hanyalah contoh semata-mata hewhewhew

No comments:

Post a Comment